Thursday, 31 May 2012
Dua jalan
Dalam hidup ini, kita mempunyai dua jalan.
-jalan untuk menjadi yang terbaik
-jalan untuk menjadi yang terjahat
Kita perlu membuat pilihan sama ada nak jadi yang terbaik atau yang terjahat
Kita boleh bahagikan umur kita seperti :-
14-19 : muda remaja
20-35 : muda belia
36-49 : Dewasa
50-65 : Tua
Masa muda kita hanya sekali.Ramai di antara kita mengatakan bahawa oleh kerana masa muda hanya datang sekali, maka itulah masanya untuk bersuka ria sepuas-puasnya.Selalunya sesiapa yang berpandangan macam ini akan menempah penderitaan dan kegagalan sebaik sahaja dia tamat alam persekolahan atau pun mana-mana alam tapi bukanlah alam ghaib atau alam barzah, itu da alam kubur dah.hehe...Apatah lagi dengan masa akan datang, mesti akan bertambah susah, kecuali dia berubah menjadi orang yang terbaik.
Masalahnya sekarang ramai dikalangan kita yang jahat atau nakal.Mengikut sangkaan mereka, mereka akan disegani dan digeruni pelajar lain sekiranya dia terkenal dengan kejahatannya.Kejahatan yang dimaksudkan disini adalah termasuk membuli pelajar, melanggar peraturan sekolah, bergaduh dan sebagainya.Oleh kerana ingin disegani, mereka mula berkawan dengan kumpulan pelajar yang terkenal dengan kenakalannya.
Justeru itu, anda perlu memilih jalan untuk menjadi yang terbaik.Tidak dinafikan manusia memang di anugerahkan dengan naluri ingin mempertahankan diri.ALLAH s.w.t telah menunjukkan jalan untuk memenuhinya iaitu melalui jalan islam.Pilihlah islam sebagai cara hidup anda.Bersahabatlah dengan kawan-kawan yang bersemangat menyebarkan islam dan mempunyai akhlak mulia.Apabila anda disukai ALLAH, pastilah semua orang akan sukakan kita.Akhirnya kita menjadi orang yang berjaya di dunia dan diakhirat.
www.motivatorPelajar.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Macam-macam lebah ada
- lebah collection (26)
- lebah cool (10)
- lebah smart (7)
- lebah terkentut (5)
- lebah tersepit lagi (3)
- Tips 1 minit (7)
0 comments:
Post a Comment