Thursday 14 June 2012

Tips Temu Duga








Datang dalam keadaan tenang dan jangan kelam-kabut (masa itulah nak cari lokasi & tempat temuduga. ELAKKAN YE). Macam mana nak tenang? Persiapkan diri anda daripada segi :
  • Resume telah pun disiapkan. Pastikan semua dokumen yang diperlukan sudah berada dalam fail holder berdasarkan permintaan dalam surat panggilan temuduga yang anda terima sebelum ini. Susunkannya ikut urutan. (Elakkan buat kerja last minute).
  • Pastikan resume itu disusun mengikut turutan dan kemas.
  • Tahu lokasi temuduga
  • Tidur awal dan cukup (disiplin diri iaitu datang awal)
   Sekarang, cuba kaitkan pula dengar penulisan resume anda. Penulisan resume tanpa perancangan akan menghasilkan satu resume yang mendatar. Gagal menarik perhatian bakal majikan yang melihatnya nanti. Mungkin anda seorang sahaja yang tertarik kepada resume anda. 

  -menulis resume yang memenuhi kemahuan pihak syarikat
  -perlu mengetahui tentang syarikat yang bakal anda mohon. Apabila anda mengetahui sedikit sebanyak tentang 
   syarikat tersebut maka mudahlah bagi anda menulis resume mengikut keperluan syarikat itu sendiri
 -jujur dalam penulisan resume


Penampilan
1. Penampilan diri perlu dijaga semasa menghadiri temuduga kerajaan. Anda perlu SKEMA pada hari   
    temuduga kerajaan tersebut.  Yang penting nampak kemas, profesional dan menarik.


Eye contact
1.Eye contact yang kurang akan memberi impresi bahawa calon tersebut tidak yakin atau pun kurang
   bersedia
2.Mata yang sering berkedip-kedip menunjukkan calon gemuruh atau kurang jujur ketika menjawab soalan
   penemuduga.
3.Elakkan mata dari liar memandang persekitaran bilik, siling, meja, perabot dan sebagainya.Tumpukan
   perhatian dan pandangan kepada para penemuduga




Latihan
1.Tahu tugas dan peranan bagi jawatan yang  anda pohon dan kerja yang anda lakukan 
   sebelumnya. Dalam pada masa yang sama selidik struktur dan organisasi kerajaan. Buat sedikit 
   kajian mengenai beberapa jabatan atau kementerian terutamanya tugas-tugas yang dipikul oleh 
   jabatan yang berlainan. Buat perbandingan dengan pentadbiran negeri (dan sebagainya) untuk 
   memahami perbezaan dari segi struktur dan fungsi. Ini terutamanya penting untuk mereka yang 
   bakal menghadiri temuduga PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik).


2.Buat homework dan latih tubi berulang kali. Jangan menghafal tetapi memahami. Soalan-soalan 
   lazim temuduga kerajaan boleh semak di sini


3. Ambil tahu isu semasa dan terkini. Dengan cara membaca Berita Semasacontohnya. Rajin-rajin 
   semak media massa di Malaysia.





Komunikasi
1. Usaha jawab walaupun tidak tahu jawapan tepat. Elakkan diri daripada bersikap pasif, pendiam  
   dan semasa temuduga kerajaan menjadi hambar. Kalau teruskan juga, harapan anda sangat 
   cerah untuk TIDAK diterima masuk untuk kerja kerajaan.

2.Tips temuduga kerajaan yang seterusnya adalah panel penemuduga sangat sukakan calon 
   yang bersemangat dan bercita-cita tinggi.

3. Nak berjaya contohnya dalam temuduga kerajaan mesti rajin bertanya. Nak bertanya pun mesti    daripada individu yang ada pengalaman dalam temuduga SPA
8. Anda sendiri boleh buat dan mengadakan siri sesi temuduga kerajaan versi anda sendiri. Dengan harapan anda familiar dan membiasakan diri apabila menghadapi situasi sebenar temuduga kerajaan nanti, begitu juga soalan-soalan yang diajukan. Hilang rasa gugup dan berkeyakinan apabila berhadapan dengan panel penemuduga.
9. Jika anda seorang kurang bergaul, bermasyarakat, bersosial. Anda masih belum terlambat. Biar malu sekarang, biar susah sekarang, biar gagal sekarang. Jangan gagal selamanya. Ingat pergaulan yang luas dapat meningkatkan daya dan kemahiran komunikasi antara satu sama lain mahupun dalam satu-satu komuniti. Samada formal ataupun tidak formal.
10. Anda mesti yakin yang anda sebenarnya boleh. Yakin kepada diri sendiri.
11. Alah….rahsia terbesar & tips lulus temuduga kerajaan adalah dengan dengan adanya pertolongan orang dalam aka kabel. Betul ker? Memang itu tidak dapat dinafikan. Betullah tu andaian anda, dan sememangnya budaya ini ada berlaku. Walaubagaimanapun, diri dan persiapan pemohon itu sendiri juga sangat penting. Kalau “kabel anda” 11 KiloVolt sekalipun, anda pula macam “kayu” semasa ditemuduga, tak jadi juga.
12. Tidak kira apa fahaman politik anda sekalipun, anda mesti menyokong dasar dan kerajaan semasa ditemuduga. Itupun kalau anda nak berjaya. MESTI!!
13. Apa yang perlu anda ikuti semasa berada dalam bilik temuduga :
  • Duduk apabila disuruh duduk oleh panel ditemuduga
  • Jangan menyilang kaki dan juga mengalihkan kerusi
14. Buktikan yang anda sememangnya sangat berminat jika diberikan peluang untuk bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Tunjukkan keyakinan dan semangat anda apabila panel penemuduga (biasanya akan ditanya pada sesi akhir temuduga, samada anda mahu katakan sesuatu nanti)
15. Akhirnya sekali minta restu dan minta mereka doakan kejayaan untuk diri anda. Anda juga jangan lupa doa.

KAWAL EMOSI SEMASA TEMUDUGA
Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya anda akan ditanyakan soalan-soalan yang anda kurang bersedia. Soalan-soalan ini kebanyakkannya seolah-olah “mencabar” kewibawaan anda.Apa yang perlu anda lakukan adalah :
  1. Ingatkan diri anda bahawa penemuduga sedang menguji anda
  2. Jawab dengan jelas dan lantang
  3. Kikiskan sifat ego anda
  4. Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba menggunakan jawapan anda untuk membidas
  5. Banyakkan senyuman
  6. Berikan penekanan dalam jawapan anda yang menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian anda yang tidak boleh dicapai orang lain
  7. Jangan sesekali menunjukkan anda hilang minat terhadap pekerjaan ditawarkan
Selain itu, anda dinasihatkan supaya jangan tergopoh gapah menjawab soalan-soalan sebegini dari temuduga, ambil masa untuk berfikir sejenak,dan jawablah dengan fikiran yang tenang.


p/s : Apa yang saya letak ni adalah info2 yang saya cari.Tapi kalau nak tahu lebih mendalam boleh la tengok kan laman web ni. :] 


1.http://beritasemasa.com/lulus-tips-temuduga-kerajaan


Apa-apa pun sekarang.Ramai mahasiswa yang telah graduate dengan result yang hebat2..
Like 3.5 and above.So disebabkan tu sekarang.


-Penemuduga juga tengok cara kornk speak eng.Nowdays eng. is very important.
-Cara kornk speak eng tu nampak lah yg kornk confident n jika fluent lg baik.


Apa yang saya cakap ni berdasarkan penemuduga itu sendiri.Yang untuk p/s tu je...
hee...harap membantu :] 



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

shout!

 

Visitor

show time!

Powered by Blogger.