Thursday 31 May 2012

2 permintaan


2 Permintaan Bapa Sebelum Peluk Islam

  Dua tahun sebelum itu,saya ada maklumkan kepada keluarga saya ada ramai teman yang beragama 
islam.Ibu bapa saya tidak berkata apa-apa, melainkan mereka mengharapkan saya berhati-hati pilih
kawan.

   "Namun, setelah pasti dengan keputusan untuk masuk islam,saya menyatakan hasrat saya kepada ibu bapa saya tanpa sedikit rasa takut.Ketika saya memang lakukan adalah dengan hati yang terbuka.

   "Tetapi saya terkejut melihat reaksi ibu bapa saya yang boleh menerima hasrat saya.Memang langsung tidak memarahi saya.Mungkin kerana bapa saya sendiri penganut agama kristian yang teguh dan lebih tahu mengenainya membuatkan mereka boleh menerima kenyataan tersebut.Berlainan pula dengan saudara-saudara terdekat yang menentang hasrat saya itu," ujarnya yang kemudian memilih nama Dolly Danisya Juben Abdullah.

   Dalam memberi persetujuan, ibu bapa saya membuat dua permintaan.Dia berasa gementar mendengar luahan ibu bapanya.Namun setelah mengetahui permintaan itu,ia bukanlah sukar.Dia berasa lega."Bapa minta dua permintaan,iaitu tidak menukar nama dan jangan sesekali lupakan keluarga".Saya berjanji akan menunaikan permintaan itu.Saya tidak menukar nama cuma menambahkan satu nama sahaja.

   "Sememangnya ramai kawan yang mencadangkan banyak nama kepada saya, tetapi apabila dikenangkan semula janji itu saya harus patuhi.Memang rumit untuk mencari nama yang sesuai untuk dipadankan dengan nama "Dolly".Hinggalah satu malam saya terfikir nama "Danisya" dan merasakan nama itu sesuai dipadankan dengan nama saya.Biar pun saya tidak tahu maksudnya.Apabila di khabarkan maksud Danisya adalah kegembiraan.

   Dalam pada itu,Danisya juga meyakinkan keluarganya bahawa walaupun sudah berlainan agama, tidak sesekali dia akan menyisihkan mereka.Islam sendiri tidak menuntut agar anak-anak memutuskan hubungan dengan ibu bapa, malah disarankan agar sentiasa menghormati mereka.Dia tidak mahu jadi anak derhaka.

   Sebagai anak saya kerap pulang ke kampung jika berpeluang.Dalam setahun saya pulang tiga hingga empat kali dan kebiasaannya sudah menjadi kemestian untuk pulang pada perayaan krismas.Ketika itulah semua ahli keluarga berkumpul dan saya tidak mahu ketinggalan bersama mereka biarpun tidak meraikan".Tambahnya yang berasal dari sarawak.

   Tiba saat yang dinantikan.Atas sokongan yang diterima, Danisya mengucap dua kalimah syahadah.
"Pada tahun keempat, barulah saya memberanikan diri melaksanakan niat suci ini.Bersama lafaz syahadah pada 8 Februari 2009, di sebuah masjid di Shah Alam,saya secara rasminya bergelar islam.

   "Perasaan saya ketika itu sangat gembira sehingga mengalirkan air mata.Rasa sungguh kerdilnya diri ini di hadapan yang maha esa.Ibarat seperti lahir semula, saya merasakan jiwa saya juga semakin tenang dan mendamaikan.Jauh berbeza dari sebelumnya.Kegembiraan ini turut saya dikongsi bersama keluarga angkat dan kawan-kawan terdekat yang menemani saya ketika itu"

   Bagi melengkapkan pengisian hidup, Danisya mengikuti kursus Kendalian Majlis Jabatan Agama Islam (MAIS) untuk kelas bimbingan saudara baru.Saya diterima baik dari rakan-rakan muslim.Mereka banyak mendidik secara tidak langsung menjadi tempatnya merujuk sekira ada soalan yang tidak difahami.Sekarang ini pun saya dalam usaha membaca al-quran yang dihadiahkan dari keluarga suami saya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

shout!

 

Visitor

show time!

Powered by Blogger.