Wednesday 30 May 2012

Tips menangani perasaan malu




Bagaimana nak atasi malu ianya adalah kerana kita berasa rendah diri.Sebenarnya kalau kita berasa malu nak bertanya, malu nak menegur dan malu kat orang.Ini semua sebab rendah diri.Ni adalah malu tidak bertempat.
Rendah diri boleh humble orangnya.Tetapi kalau kita merendah-rendahkan diri.Itu tidak bagus.Itu yang jadi isu.

Semua orang ALLAH jadikan sama hebat.Tapi tidak serupa.

Punca malu
-Tidak kenal diri
-Fokus kepada kehebatan orang lain
-Gagal dalam pamerkan kehebatan diri
-Latar belakakng keluarga
-Kegagalan yang lalu
-Ingkar perintah Allah
-Label diri yang negatif

Petua menangani malu
-kenali diri dengan mendalam
-Doa untuk yakinkan diri
-Bergaul dengan orang yang positif
-Cungkil bakat yang terpendam
-Bentuk penampilan baru, cari skill baru
-Baiki penampilan diri
-Kawal pemikiran dan tukar label mental, katakan pada diri yang anda sebenarnya boleh cuma anda tidak
  perasan.Cari dimana kebolehan anda.

isu 1
Macam mana nak atasi orang yang tidak menghargai kita?
Latih diri campur orang, jangan sekadar cari kawan.Jadikan diri sendiri kawan.Campur orang, pergi masjid cuba volunteer azan kat masjid.Salam bersalaman selepas sembahyang.Insyaallah perasaan malu itu akan hilang.

Baca doa buka pembuka 12 pintu kebaikan.Dengan doa ini ALLAH akan bantu kita.Kita akan dapat kekuatan, ALLAH akan buka pintu kehebatan.Insyaallah

isu 2
Malu nak bertegur dengan jiran.
-Bersangka baik dengan mereka
-Maafkan
-Doakan
-Bantu
-Ceriakan orang

isu 3
Malu kerana sampai sekarang tidak dapat anak.
Langkah 1
-Percaya pada Setiap kdoq dan qodhar yang tuhan bagi kat kita pasti ada sebabnya, pasti ada hikmahnya
-Bila orang bertanya, anda jawablah dengan senyum "Belum lagi kak, doakanlah supaya saya cepat
  mengandung"
Langkah 2
-Malam ni, Solat taubat, istighfar 70x, solat hajat mintakat ALLAH supaya dapat zuriat.
Langkah 3
-Redhalah, cuba anda ambil anak angkat dengan keizinan kedua-dua suami isteri.Perasaan keibuan anda
 akan memudahkan anda dapat anak dengan keizinan ALLAH.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

shout!

 

Visitor

show time!

Powered by Blogger.