Monday 28 May 2012

Jangan biar ibu hidup sebatang kara...





Seorang wanita berusia dalam lingkungan 70-an tinggal berseorangan di rumahnya di sebuah pekan.Anak-anaknya yang masing-masing mempunyai keluarga sendiri,tinggal berjauhan termasuk beberapa orang di ibu negara.

Tidak tahu mengapa wanita itu enggan tinggal bersama anaknya.Mungkin dia tidak selesa tinggal bersama mereka kerana tiada kebebasan seperti di rumah sendiri.

Anak-anak beliau pula jarang menjenguknya kerana masing-masing kesibukan dengan urusan kerja dan hal-ehwal keluarga.

Pada suatu hari, entah bagaimana salah seorang anak menelefon si ibu.Disebabkan telefon tidak diangkat, dia terus bergegas ke rumah ibunya.Alangkah terkejutnya si anak apabila mendapati si ibu sudah tidak bernyawa lagi di atas katilnya.Menurut doktor,si ibu sudah meninggal dunia tiga hari sebelum ditemui.

Anak-anak Allahyarham menyesal tidak sudah kerana membiarkan si ibu hidup sebatang kara.Apa salahnya pujuk si ibu supaya tinggal bersama salah seorang daripada mereka.Orang tua memang sensitif.Jika diajak sambil lewa,mereka tidak akan meninggalkan rumah sendiri sekalipun menghadapi pelbagai kesusahan hidup sendirian.

Andainya si ibu masih berkeras tidak mahu meninggalkan rumah di kampung,apa salah menggaji seorang pembantu untuk menjaganya.Tentulah ada saudara-mara atau jiran yang sanggup menjenguknya setiap hari.

Paling tidak,jika ibu sudah tua dan uzur,pastikan menelefonnya setiap hari.Benarlah bahawa seorang ibu boleh menjaga 10 anak, tetapi 10 anak masih tidak pasti lagi mampu untuk menjaga seorang ibu.

Sebenarnya kisah ibu tinggal sebatang kara bukanlah fenomena yang luar biasa pada zaman sekarang.Ini zaman anak-anak tidak lagi tinggal bersama ibu bapa apabila dewasa, apatah lagi apabila sudah berumah tangga.

"Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusukannya dalam 2 tahun.Bersyukurlah kepada-ku dan kepada dua orang ibu bapamu,hanya kepadaku kamu kembali" 31:14

2 comments:

the BoX said... at 28 May 2012 at 20:45

pada zaman yang serba moden ini, ramai yang mengabaikan ibu bapa mereka sehingga ada yang sanggup membiarkan ibu bapa mereka mengemis di jalanan dengan alasan kerana terlalu sibuk untuk mencari rezeki.

ingat..setiap yang bernyawa pasti akan mati.

Daisy... said... at 29 May 2012 at 20:34

btol,btol,btol... :]

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

shout!

 

Visitor

show time!

Powered by Blogger.